Tuesday, December 15, 2009

Wah….. bz benar aku sekarang nie…. Sampai xde masa nak update blog…. Seperti biasa aktiviti aku sepanjang minggu lepas memang full…. Xtau nape mata aku xngantuk lagi… jam dah pukul 2.30 pagi… so apa lagi aku pun menaip la…. X suka bazir masa….

4 dec 09 (jumaat)

Aku ke PUSAT GIATMARA PASIR SALAK…. Tujuan utamaku mengambil borang bagi kemasukan januari 2010….kursus yang bakal aku duduki ialah HIASAN DALAMAN….. Mengambil masa dalam 45 minit perjalanan dari rumahku…. Mampukah aku berulang setiap hari…. Mampukah aku membahagikan masa seadil2nya….

5 dec 09 (sabtu)

Macam biasa lokasiku pagi2 KILANG KEROPOK DANAKU, CENDERUNG BALAI, PERAK…. Kali nie aku hanya beli 4kg keropok losong… hope abis la dalam tempoh seminggu…. Nie la pendapatan sampinganku…. Setiap petang aku akan menjual keropok losong & mini sosej kat rumahku…. Pendapatan xde la lumayan, tapi ble la cover belanja dapur… selalunya duit dr menjual nie mak aku wat beli lauk & rooling balik modal niaga….

6 dec 09 (ahad)

Lokasi kami hari minggu nie ialah TELUK INTAN, PERAK…. Tujuan ialah g usha supplier kain kat sekitar teluk intan nie ler…. Aku pun pusing2 le , tapi xde yang berkenan dihati…. Terkubur ler plan aku yg pertama untuk ari nie….
Singgah GIANT jap…. Ape yang aku cari tah… sudahnya buku nie aku rembat “SENI SULAMAN KAIT, pelbagai rekaan sulaman yang menawan….buku nie berharga rm15.90…. so plan ke-2 aku berjalan dengan jayanya…. Pastu aku shopping barang dapur sikit….
Nie baru kisah aku 3 hari…. Akan bersambung kejap lagi kalau mataku xle lelap gak….

No comments:

Post a Comment