Saturday, March 24, 2012

rindunya untuk berbloger....

Haaa.... lama betul aku x entry blog nie....
aku masuk pun kerana mencari sesuatu....
kalau tidak xtau bila ada new entry....


JOM CUCI MATE.....

HANDMADE CROCHET
4IN1 SET FOR BABY GIRL...
(DRESS, HAT, HEADBAND & SHOES)

*****TEMPAHAN DIALU-ALUKAN...
*****SILA HUBUNGI EJA-0174727020....

Monday, January 9, 2012

RAMBUT SAMA HITAM... TAPI HATI LAIN2....

Sesuai ker peribahasa nie lagi... coz rambut sekarang macam2 color.... kuang-kuang-kuang....

aku dah lama simpan posting nie... teringin lak nak publish... jom kita renung-renungkan bersama....

SUKA PADA SESEORANG 'VS' BENCI PADA SESEORANG...

kemana sahaja kita pergi pasti tidak terlepas dari perkara nie.... mana ada oang yang perfect kan.... so belajar terima kelebihan dan kekurangan diri.... kerana setiap orang ada kelebihan & kekuranganya sendiri....

selalunya nampak luaran "ok"... bila kat depan pun baik sangat... tapi kalau kat belakang x tau nak cakap camne.... Ada saja yang tak kena dihati & pada pandangan mata die... tapi diri sendiri die x tengok pun okey ke tak.... siap suka tikam orang dari belakang... kenapa ini sering terjadi????

tak bolehke kite duk berbincang & meluahkan ketidakpuasan hati tu.... ye la mana tau ada part2 yang boleh dibaik pulih....fikir secara rasional & positif.... x perlulah nak menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri...kerana kejayaan & kemenangan atas kesengsaraan orang lain pasti tak kekal lama... lama2 mesti kantoi gak.... masa tu sendiri mau ingat....

hidup kita nie ibarat roda yang berpusing... adakala kita kat atas adakala kite kat bawah.... bila kat atas bantulah rakan2 yang dalam kesusahan (ikut kemampuan ok...)... bila kite kat bawah, jangan pula iri hati.... berusaha supaya suatu hari kita akan berjaya sepertinya....

jadi renung2kanlah.... bersainglah secara positif & berfikir secara rasional.... perasaan dendam dan iri hati lebih banyak membawa keburukan... ingatlah setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.... Ada hikmah diatas setiap sesuatu.... Bersyukurlah atas apa yang telah & bakal kita miliki....

terima kasih....

Thursday, December 29, 2011

STROLLER PILIHAN ANDA.....

STROLLER PILIHANKU......

STROLLER UNTUK SI COMEL.....

stroller atau kereta sorong bayi memang amat membantu aktiviti harian kita.Saya lebih selesa meletakkan si comel di dalam stroller sambil menguruskan aktiviti harian di luar rumah seperti menjemur pakaian, menyapu sampah, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Apabila bersiar-siar dan membeli-beleh juga saya menggunakan stroller untuk memudahkan saya bergerak dan menguruskan anak sulung saya memandangkan saya kini mempunyai dua orang anak. jadi xde la si abang kecil hati kerana saya lebih mengutamakan si kecil.

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN STROLLER.....

1.KESELESAAN ANDA & BAYI.
2.USIA BAYI
3. HARGA & KEMAMPUAN
4. MUDAH DISELENGGARA
5. RINGAN DAN MUDAH DIBAWA
6. MUAT DIDALAM BOOTH KERETA ANDA (aku pakai kelisa jer...)

Dihara[ posting kali ini dapat membantu anda didalam pemilihan kereta sorong untuk bayi anda....

Tuesday, June 28, 2011

kasi update sikit


bz betul aku sekarang nie.... ye la mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga.... hnkhakahak, kelakar gak bunyinyer.... sejak 2 bulan lepas aku terjebak ngan dunia bundle..... "pakaian bundle dari UK"....  kalau dulu aku sibuk shopping kat KLCC, masuk butik2 berjenama...aku giler mencari pakaian berjenama untuk diriku & anakku....

tapi sejak aku kenali bundle nie.... aku terasa nikmat "value of money".... aku mampu membeli pakaian berjenama & berkualiti untuk  diriku dan anak2 aku dengan harga yang jauh lebih murah.... ala, baju pakai 2-3 kali jer dah nampak lusuh.... so x kisah la kalau second hand @ reject....yang penting aku puas ati....

kini aku lebih gemar bershopping di alam maya..... kepada yang meminati dunia bundle jangan sengan klik blog kat bawah nie....

www.zaqeils.blogspot.com





Wednesday, May 25, 2011

APA ADA PADA NAMA?

NUR SYAQEIRA ADLINA
NNaif
UUntung
RRamah
SSuci
YYakin
AAmanah
QQualiti
EEmosional
IIkhlas
RRealistik
AAlim
AAbadi
DDinamik
LLemah-lembut
IIdealistik
NNaif
AAsli
Apa ada pada nama?


MUHAMMAD SYAQEIL ANAQI
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
SSuci
YYakin
AAbadi
QQualiti
EEmosional
IIkhlas
LLemah-lembut
AAsli
NNaif
AAdil
QQualiti
IIdealistik
Apa ada pada nama?

Sunday, April 24, 2011

ROTI @ BUN

NIE GAMBO BUN YANG BELUM DIBAKAR,
YANG DAH DIBAKAR X SEMPAT NAK AMIK....
Sejak 1 April ari tu aku rajin sangat memasak.... entah kenapa mood memasak kembali lagi..... mungkin cik abang balik kot.... dalam hati ada taman.... tapi baru abis berpantang, masih dalam tempoh berjaga-2....

Alhamdulillah, cik abang ku telah berjaya menamatkan kursus jangka pendaknya di Akedemi Binaan Malaysia atau singkatannya CIDB.... 3 bulan, perit juga la kami sekeluarga.... ye la, cik abang x bergaji, aku pulak tengah sarat mengandung anak ke-2 kami.... hanya bergantung pada alaun dan kerja sampingan bersama mertuaku itu....

okey, x nak cerite pasal semua tu.... ari nie aku nak share resepi bun yang aku ambil dari blog chef Hanieliza... Terima kasih untuk resepi ini.... menjadi dan berpuas ati dengan rasanya.... selamat mencuba kepada yang berminat.....



RESEPI BUN @ ROTI

Bahan A.
- 500g tepung tinggi protein
- 30g susu tepung
- 50g gula
-1 paket mauripan
- 1 s/k pelembut roti
- 1 biji telur
- 1/2 s/k garam

Bahan B.
- 250 air (aku guna air suam)
- 80g majerin

CARA-CARANYA:

  1. Masukkan dan gaulkan semua bahan A.
  2. Masukkan Air dan gaul sehingga sebati.
  3. kemudian masukkan majerin dan gaul sekali lagi sehingga sebati (lebih kurang 10 minit)
  4. bahagikan adunan kepada doh-doh kecil.
  5. a. (sosej bun) gelek doh menjadi panjang dan lilitkan pada sosej. perapkan hingga naik sekali ganda. sapukan kuning telur dan bijan.
  6. b. (pizza bun) gelek doh menjadi bentuk bulat. letakkan sosej yang dipotong bulat dan sayur campuran. pperap sehingga naik sekali ganda.sapukan kuning telur.
  7. bakar didalam oven dengan suhu 200'c selama 20-25 minit @ sehingga kekuningan.
  8. keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan dan menarik.

homemade nursing pillow

HOMEMADE NURSING PILLOW

Nursing Pillow atau bantal untuk penyusuan bayi.... Nie la hasil kerjatangan aku 2 minggu lepas.... tapi disebabkan kekangan masa x dapat nak share ngan kawan-2....

Alhamdulillah, aku sesangat-2 puas hati menggunakannya.... x seperti nursing pillow yang aku beli jenama terkenal tu.... x sesuai & kurang selesa padaku.... x tau la orang lain.... tapi, aku amat menyukai yang ini...

ADLINA SUNGGUH SELESA MENGGUNAKANNYA....

lihat ini, Adlina pun selesa menggunakannya sebagai bantal untuk tidur.... anakku ini suka sangat tidur mengiring.... cik abangku cakap, ikut tabiat aku.... betulkah itu? aku sendiri kurang pasti....