Wednesday, December 23, 2009

KOMPLEK SEJARAH PASIR SALAK.....

Perjuangan orang Melayu diabadikan

PERISTIWA perjuangan orang Melayu menentang penjajahan British di Pasir Salak sehingga menyebabkan kematian Residen British, JWW Birch, terus diabadikan di bumi bersejarah itu.Kini, Kompleks Sejarah Pasir Salak dibangunkan di wilayah yang menjadi saksi perjuangan pahlawan Melayu demi membela tanah air, bangsa dan agama daripada dicemari penjajah. Bagi generasi muda pasca kemerdekaan, kompleks sejarah itu dibina khas untuk mengenang kembali sejarah perjuangan pahit getir pahlawan Melayu seperti Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela dalam menentang penjajahan. Jasa mereka diabadikan menerusi pembinaan memorial khas berbentuk ‘sundang’ iaitu sejenis senjata Melayu berbentuk pedang yang digunakan dalam pembunuhan JWW Birch. Di kompleks itu jugalah letaknya kubur JWW Birch, pusara Si Puntum, kubu Datuk Maharajalela dan meriam ‘Lela Rentaka’ yang digunakan dalam pertempuran menentang British. Lebih 600 artifak dipamerkan seperti senjata lama, tembikar dan peralatan lama selain 42 ‘diorama’ iaitu replika patung kecil yang disusun sepanjang terowong bagi menggambarkan sejarah perjuangan orang Melayu di setiap negeri di negara kita.

Memasuki Terowong Sejarah itu tidak sekadar mengembalikan nostalgia pengunjung ke zaman silam tetapi pasti menggetarkan perasaan setiap insan yang memiliki semangat nasionalisme tinggi.Diorama pertama menggambarkan sejarah awal penempatan orang Melayu kuno di muara Sungai Selinsing, manakala diorama ke-42 menggambarkan pembunuhan Gabenor Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi di Sarawak.

Kompleks itu dibuka dengan rasminya oleh DYTM Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dengan idea penubuhannya diilhamkan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Turut berdiri kukuh ialah dua tugu iaitu tugu peringatan pahlawan Perak yang diabadikan menerusi pembinaan replika sundang atau pedang gergasi serta masjid asal yang terletak berdekatan lokasi Birch dibunuh.Seorang pengunjung, Mior Ahmad Zubri, 39, berkata terowong itu memiliki keistimewaannya tersendiri dari segi pameran bahan yang terdapat di situ. Kedudukannya menghadap Sungai Perak seolah-olah mengimbau kembali sejarah zaman dulu ketika orang Melayu bangun menentang penjajah Inggeris. Katanya, semangat penentangan orang Melayu terhadap penjajah adalah satu semangat yang tulen dan berani sebagaimana dibuktikan menerusi dokumen sejarah bangsa."Penjajah sudah tiada di tanah air kita dan orang Melayu kini bangkit sebagai bangsa yang merdeka dan mempunyai negara yang berdaulat. Kehebatan orang Melayu terletak pada pemimpin zaman modennya yang bijak berpolitik di samping mempunyai darah pejuang yang sejati," katanya.

Jejak: Residen angkuh, biadap dibunuh

PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus 'memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang.

Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.

Sejarah panjang itu bermula pada 20 Januari 1874 apabila Raja Abdullah iaitu seorang daripada kerabat diraja Perak melakukan kesilapan terbesar apabila meminta sokongan British bagi membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Lalu pada tarikh itu, Perjanjian Pangkor dimeterai dengan British mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak manakala sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta. Bagaimanapun, terdapat satu daripada syarat Perjanjian Pangkor yang menjadi helah British bagi membolehkan mereka menjajah Perak - Sultan Perak harus menerima seorang Residen British untuk menasihati baginda memerintah.

JWW Birch kemudian dilantik sebagai residen pertama di Perak umumnya dan Tanah Melayu khususnya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Perak, lelaki asing itu mula besar kepala dan berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula ‘memijak kepala’ sultan dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan orang Melayu. Pelbagai peraturan baru yang menekan pembesar serta penduduk mula diperkenalkan Birch terutama membabitkan cukai yang tinggi. Keadaan itu menambahkan derita penduduk yang kebanyakannya hidup miskin. Birch juga cuba mengambil alih tugas mengutip cukai daripada pembesar Melayu apabila menetapkan syarat baru iaitu hanya pegawai yang dilantiknya saja boleh mengutip cukai manakala cukai Kerajaan Perak akan diurus pegawai British. Syarat itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu. Lelaki asing itu juga semakin besar kepala apabila sesuka hati campur tangan di dalam adat istiadat penduduk dengan menghapuskan sistem hamba yang sudah lama diamalkan di Perak. Sikap kurang ajar dan keangkuhan lelaki asing itu jelas terserlah apabila dia pernah mengarahkan sultan supaya diam dan mematuhi segala arahannya selaku residen apabila Sultan Abdullah menegurnya kerana membuat pelbagai tindakan tanpa merujuk kepada baginda. Kemuncak kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat supaya memberi hak kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan baginda mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875.
Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin berang kepada British yang cuba menjajah Perak.

Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membenarkan Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan Perak serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam penjajah itu.

Dalam pada itu, Birch terus memberi tekanan kepada Sultan Abdullah untuk membolehkan British menjajah Perak. Tekanan berterusan menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa bersetuju menyerahkan Perak untuk diperintah British pada 2 Oktober 1875. Pada 15 Oktober 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan yang Perak akan diletakkan di bawah pentadbiran British dan akan diketuai seorang pesuruhjaya. Surat pengisytiharan dicetak untuk ditampal di merata tempat di seluruh Perak. Pada mulanya ia ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat tembakan meriam 21 das. Selepas itu surat berkenaan mula ditampal di tempat lain. Berita itu sampai ke pengetahuan Datuk Maharajalela menyebabkan pembesar itu semakin berang. Dia bertekad untuk tidak membenarkan penjajah itu terus menjajah tanah airnya.Datuk Maharajalela mengarahkan pengikutnya mula membina kubu di Pasir Salak dan mengumpulkan senjata kerana yakin yang Birch akan datang ke kawasannya untuk menampalkan surat pengumuman itu.

Sangkaannya benar apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875. Pagi keesokannya, Birch memerintahkan orangnya naik ke darat dan jurubahasanya iaitu Mat Arshad disuruh pergi ke rumah Datuk Maharajalela dan meminta pembesar itu menghadap lelaki British itu. Bagaimanapun, arahan Birch itu menyebabkan pemerintah Pasir Salak itu melenting, sudahlah lelaki asing itu menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk menghadapnya. Reaksi Datuk Maharajalela itu segera disampaikan Mat Arshad kepada Birch tetapi lelaki asing itu tetap angkuh. Dia memerintahkan Mat Arshad dan pengikutnya segera menampalkan surat pemungutan cukai oleh British di seluruh pelusuk kampung. Melihat pengikut Birch menampalkan surat berkenaan, penduduk kampung mula berang. Mereka mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak sebaliknya terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di kawasan itu. Tindakan Mat Arshad yang tidak mengendahkan larangan dan sensitiviti penduduk menyebabkan hati Pandak Indut semakin membara. Pengikut Datuk Maharajalela itu meluru ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu.Mat Arshad tidak peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat pengumuman yang baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan. Selepas beberapa kali surat berkenaan dikoyak dan melihat Mat Arshad terus menampalkan surat baru, Pandak Indut tidak dapat bersabar lagi. Baginya, lelaki Melayu yang menjadi orang suruhan bangsa asing itu sudah melampau.Dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya ke jasad Mat Arshad. Lelaki itu mengerang kesakitan dan terus rebah ke tanah. Tindakan Pandak Indut menikam pengikut Birch itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu bertindak. Jeritan amarah penduduk bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal Birch yang ketakutan melihat amukan dan serbuan penduduk kampung, segera melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal. Keriuhan di luar menyentak Birch yang sedang mandi ketika itu. Bagaimanapun, ketika dia menyedari yang penduduk kampung mula mengamuk, segala-galanya sudah terlambat.Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch. Penduduk terus merusuh ingin membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah, Birch cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. Darah merah mencemari air sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan arus ...

sumber: Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Mereka Bukan Penderhaka dan Pahlawan Pasir Salak.

Antara Tarikan Utama Kompleks Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah


Tugu Lela Rentaka


Rumah Kutai




Tugu Peringatan Birch


Tugu Sundang

Tapak Birch dibunuh


Menara Pandang

TAHNIAH SAHABATKU.... MAZNIDA & SUAMI....

tahniah buat ieda & idz...
semoga rumahtangga kalian berkekalan.....

pintu gerbang menyambut kedatangan tetamu.....

pelamin nan indah....

hiasan kamar beradu.....

bersama sahabatku di kamar beradu....

gambo ketika merenjis mempelai....

mempelai sedang bersanding di pelamin....

AQEILS & KFC

Hehehe..... Aqeil cukup teruja dengan gambo colonel's nie....

nie la tempat yang paling die suka bila kami keluar... dah menjadi rutin setiap kali ke TESCO, KAMPAR pasti singgah....

Kalau dulu menu kegemarannya ialah kentang putar.... la nie dah bertukar ke cheezy wages & chiken nugget.....

antara wajah ceria Aqeils di KFC.....

Tuesday, December 22, 2009

terkenang saat berpantang....

saat Aqeil baru beberapa jam dilahirkan....
@ HOSPITAL AMPANG, SELANGOR.


saat Aqeils ditahan akibat DEMAM KUNING....
@ HOSPITAL SUNGAI BULUH, SELANGOR.

saat menyusukan Aqeils ketika berpantang....

saat melayan kerenah si comel.....

permata hati kami.....

teruja aku untuk mempamerkan gambar lama.... ye la setelah membaca kisah nurul & puteri kesayangannya yang masih menjalani tempoh berpantang.... semoga nurul sabar & tabah menghadapinya......

shopping @ IKEA - 12 Dec 2009



Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga aku singgah di IKEA… dah lama rasanya aku tak berkunjung ke sini.... kalau dulu hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.... tapi kini beribu batu jauhnya.....

Nie la barang2 aqeil yg aku shopping disana…. Niat Cuma nak beli high chair jer…. Tapi terbawa balik barang lain sekali…. Berbaloi? Memang berbaloi…. Semuanya under budget below than rm100.00.... sebahagian gambo yang ada...

mengait jarum 1......


tak tahu kenapa sejak akhir2 nie aku begitu teruja dengan hasil kraftangan yang berunsurkan kait nie.... paling aku minat adalah kelengkapan baby....aku cukup teruja melihat gambar2 seperti ini..... harus ku hasilkan juga 1 set nanti..... manatau boleh jadi sumber pendapatan sampinganku nanti.... kalau dah otak business asyik pk duit jer....

nie lak buku yang aku beli di Giant, t.intan tempohari... alhamdulillah banyak membantu....
aku akan pamerkan hasil kerjatanganku nanti.....

Tuesday, December 15, 2009

Wah….. bz benar aku sekarang nie…. Sampai xde masa nak update blog…. Seperti biasa aktiviti aku sepanjang minggu lepas memang full…. Xtau nape mata aku xngantuk lagi… jam dah pukul 2.30 pagi… so apa lagi aku pun menaip la…. X suka bazir masa….

4 dec 09 (jumaat)

Aku ke PUSAT GIATMARA PASIR SALAK…. Tujuan utamaku mengambil borang bagi kemasukan januari 2010….kursus yang bakal aku duduki ialah HIASAN DALAMAN….. Mengambil masa dalam 45 minit perjalanan dari rumahku…. Mampukah aku berulang setiap hari…. Mampukah aku membahagikan masa seadil2nya….

5 dec 09 (sabtu)

Macam biasa lokasiku pagi2 KILANG KEROPOK DANAKU, CENDERUNG BALAI, PERAK…. Kali nie aku hanya beli 4kg keropok losong… hope abis la dalam tempoh seminggu…. Nie la pendapatan sampinganku…. Setiap petang aku akan menjual keropok losong & mini sosej kat rumahku…. Pendapatan xde la lumayan, tapi ble la cover belanja dapur… selalunya duit dr menjual nie mak aku wat beli lauk & rooling balik modal niaga….

6 dec 09 (ahad)

Lokasi kami hari minggu nie ialah TELUK INTAN, PERAK…. Tujuan ialah g usha supplier kain kat sekitar teluk intan nie ler…. Aku pun pusing2 le , tapi xde yang berkenan dihati…. Terkubur ler plan aku yg pertama untuk ari nie….
Singgah GIANT jap…. Ape yang aku cari tah… sudahnya buku nie aku rembat “SENI SULAMAN KAIT, pelbagai rekaan sulaman yang menawan….buku nie berharga rm15.90…. so plan ke-2 aku berjalan dengan jayanya…. Pastu aku shopping barang dapur sikit….
Nie baru kisah aku 3 hari…. Akan bersambung kejap lagi kalau mataku xle lelap gak….

Saturday, November 28, 2009

23 nov 09 - basikal baru aqeils....

lalalala..... senang ati tengok aqeil naik basikal.... aku lagi senang ati coz dah tertunai janji nak belikan die basikal sempena ulangtahun kelahirannya.... kalau x tiap petang die membebel bile tengok kanak2 lain naik basikal.... tapi die main basikal dalam umah jer.... tengok la umah kami yang bersepah tu.... aqeil la tukang kemasnye.....

22 NOV 09 - MENARA CONDONG T.INTAN

Hahaha.... name jer duk kat perak.... dan dah selalu sangat ke t.intan (30mnt dr umah).... tapi belum pernah aku bawa aqeil jejak menara condong nie.... selalunya aqeil cuma tengok dr dlm kete jer....

dah penat pusing2 giant & dah kenyang makan KFC.... aku xtau nak bawa aqeil ke mana..... dalam hujan yang renyai2 tu aku redah menara condong tu.... sempat gak snap gambo wat kenangan....

27 nov 09 - HAPPY BIRTHDAY


HAPPY BIRTHDAY TO:-
1. MOHAMMAD SYAQEIL ANAQI - 2 NOVEMBER (1 TAHUN) - anakku
2. MOHAMMAD ADAM ARIF - 15 NOVEMBER (3 TAHUN) - anak along
3. MOHAMMAD AIRIL YUSUF - 3 DECEMBER (1 TAHUN) - anak along

selamat hari lahir kepada anak2 ibu.... semoga kalian membesar dengan sihat & cerdas.... ibu sentiasa harapkan yang terbaik buat kalian.......

p/s- puas adam main kete yg banyak tu....

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Korban - Erti Sebuah Pengorbanan


TINGGINYA NILAI PENGORBANAN

Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa.

Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s.

Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda s.a.w Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan.

Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal.

Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

Sunday, November 22, 2009

21 nov 09 - yani & malik

alhamdulillah.... selesailah sudah tugasku untuk menjayakan majlis pertunangan antara YANI & MALIK.... harap2 semuanye berpuas ati dengan hasil kerjaku.....

PELAMIN MINI YANI & MALIK

huhuhu..... ape pendapat korang tentang pelamin nie.... nie ler hasil kerjaku.... baru nak mengasah bakat terpendamku.... semenjak menjadi surirumah nie ape je job orang offer semua aku buat.... termasuk la wat pelamin nie.... sebenarnya aku xde pun masuk kelas ke ape.... tapi dek kerana minatku yang mendalam dari segi hias-menghias & gubah-menggubah selama ini maka inilah hasilnye.... ape pun aku sangat la puas ati bile tengok yani&malik tersenyum puas....

YANI & MALIK......
YANI BERSAMA HANTARANNYA.....
YANI & MALIK BERSAMA ATUK& NENEK YANI.....
YANI BERSAMA ABANG & ADIK2NYA.....

tempahan: set pelamin mini, set hantaran gold & set hantaran purple...

Wednesday, November 11, 2009

BZ...BZ...BZ.....


Kesibukan yang melanda sejak akhir2 ini....
penatnya memang tidak dapat diungkap dengan kata2...
harap2 semua yang aku lakukan akan membuahkan hasil.....

lihatlah jadual kesibukan ku bermula 24 oct 09 ~ 8 nov 09.....

sportrim baruku
24 oct 09(sabtu)
~ g sunway, sampai SUNWAY along xde kat umah.... kejar along sampai ke HKL coz airil demam.... ( aku nak transfer barang dlm kete yg padat tu ke bonet along....) pastu g KG. BARU amik sportrim + tayar keteku (2nd hand, alhamdulillah tapi aku puas ati....)... singgah AMPANG umah BIK MIRA & BIK ROS..... pastu jumpa kawan hubby kat SUNWAY bagi rim lama kat die.... kul 1 pagi baru sampai umah along....


majlis ayu & fadhil
25 oct 09(ahad)
~ pagi2 dah kuar g SHAH ALAM umah k.ida.... ari nie aku join majlis resepsi Ayu & fadhil.... kul 12.30 t/hari kami bertolak ke TAMAN SETIA WAWASAN, KG MELAYU SUBANG.... dalam kul 3.30ptg bertolak balik ke Sek. 7... aku singgah di PLAZA MASALAM, lama dah x g sana.... bawa adam makan KFC.... pastu balik umah k.ida.... plan nak ziarah k.gee yg baru bersalin 3 ari... tapi, x jadi coz Aqeils Batuk & selesema (takut berjangkit pada baby...)... malam tu kami ronda2 kat SUBANG PRADE, dah lama x meronda ngan sepupu2 ku.... makan malam kat restoran thai(aku tlupa namanya...)....


26 oct 09(isnin)
~ aku ke KELANA JAYA, maaf kepada xofficemate x sempat nak jengok korang... cam biasa aku g sana cari bahan deco cupcakes.... lepas tu aku g Giant, bawa Aqeil meronda lagi.... pastu aku balik ke rumah along berkemas untuk ke destinasi seterusnya KELANTAN DARUL NAIM ada urusan penting disana.... kul 5.30 petang kami bertolak ke DESA TUN HUSSEIN ONN.... disebabkan ini kali pertama aku nak ke umah nenek hubby yg kat kelantan tu.... so terpaksalah kami follow abg.ngah..... 6.30 ptg kami bertolak ke kelantan.... kami berhenti rehat di PETRONAS BENTONG untuk makan malam & solat.... kemudia berhenti di HENTIAN SANI EXPRESS untuk rehat & tunggu abg.chik.... kami tiba di pasir putih jam 4.15pg....

27 oct 09(selasa)
~ pagi tu abg.ngah ajak kami ke pekan pasir putih.... kami beli keropok, sayur & lauk utk dijadikan juadah kami 2 hari disini..... sampai dirumah, terus le masak.... tengah masak abg.long sekeluarga pun sampai.... pertama kali aku jumpa abg.long.... borak punya borak x sedar dah pukul 1.00ptg...kelam-kabut kami bersiap ke MAHKAMAH SYARIAH KOTA BAHRU.... x sempat kami makan tengahari.... sampai disana kami mendapat berita yg kurang enak.... mahkamah ditangguhkan kerana kesilapan teknikal.... jadual kami x sama dengan plantif.... tapi kami dpt uruskan proses WAKALAH.... so lepas nie kalau kami x turun pun xpe... abg.chik yang akan uruskan.... selesai je kami terus pulang.... makan tengahari kul 4.50 ptg.... kemudian abg.ngah bawa kami menziarahi sanak saudara terdekat.... maklumlah pertama kali aku & Aqeil ke sana.... dapatlah aku berkenalan dengan nenek saudara & adik beradik arwah abah....

28 oct 09(rabu)
~ pagi tu abg.ngah bawa kami ke kuala besut & tok bali.... aku sempat beli budu & keropok untuk dijadikan buah tangan..... kami makan tengahari kat rumah.... kami berkemas untuk pulang petang ini juga.... kul 2.30 kami dah sampai di Mahkamah, aku x dpt mengikuti sidang perbicaraan coz kanak2 xleh masuk.... so duk luar je la.... hubby, abg.long, abg.ngah & abg.chik di kandang defenden..... selesai sidang mahkamah kami ke ejabat peguam utk berbincang.... kul 6.00ptg kami bertolak ke Felda Chiku utk melawat Ayah Soh ( adik arwah abah).... kami makan malam disana.... hujan turun dengan lebatnya, kilat & suruh sabung-menyabung...kami terpaksa menunggu hujang reda utk meneruskan perjalanan.... kul 11.30mlm baru kami bertalak ke KUALA LUMPUR....

29 oct 09(khamis)
~ kami sampai di Gombak jam 5.00pg... kami singgah di rumah abg.chik utk tdo seketika.... jam 12.00t/hari kami bertolak balik ke Perak.... kami balik ikut hulu yam coz nak elak tol.... singgah di RIAMODA, TG.MALIM, aku beli 2 pasang kain utk belajar menjahit.... 4mtr - rm10 jer....

30 oct 09(jumaat)
~macam biasa walau penat aku ke kelas.... dah 4 hari x masuk kelas, banyak yg aku tertinggal.... ape lagi aku pun kejar la... aku siap buat pola kurung moden & skirt kanak2 pada sebelah pagi.... petang pula aku gunting kain utk skirt kanak2....hubby keje seperti biasa.... lunch hour aku balik umah utk membasuk pakaian kami yg berlonggok tu.... malam lak aku berkemas utk ke umah mama esok....

31 0ct 09(sabtu)
~ pagi2 kami dah bertolak ke AMPANG.... atas permintaan mertuaku untuk menyambut ULANGTAHUN KELAHIRAN AQEIL YG PERTAMA.... sebelap petang aku ke TESCO AMPANG untuk membeli bahan2 masakan utk majlis esok.... aku sempat ke TWIN BABY yg berhampiran tesco utk melihat baby coat yg seperti nurul(x officemate) mahukan.... sempat aku snap gambo & send picture msg ke nurul.... hope nurul happy.... malam tu aku ke tesco lagi mencari bahan2 yg tercicir petang tu.... pastu sediakan bahan utk memasak esoknya... kul 2.00pg baru dapat tdo....

birthday cake Aqeil
1 nov 09(ahad)....
~ ari nie nak celebrate birthday Aqeil.... aku masak nasi tomato, ayam masak merah, kari daging, nasi impit, mee goreng, nugget, kentang goreng dan banyak lagi.... selesai masak aku ke king's amik kek Aqeil...mak aiii, terkejut aku sikit punya besar - 3kg..... kul 1.00ptg tetamu mulai hadir.... sebenarnya x banyak jemputan pun... hanya saudara terdekat jer coz umah mertuaku kecik jer.... jam 6.00ptg semua tetamu pulang.... aku mula mengemas coz nak balik malam tu gak.... abah masakkan mee sup utk aqeil.... berselera die makan....kami bertolak pukul 9.00mlm... sampai umah kul 11.00 mlm.... penat sangat, tapi aku terpaksa bersiap2 utk ke kelas esok.....

2 nov ~ 6 nov 09(isnin~jumaat)
~ sepanjang minggu nie aku berjaya menyiapkan sepasang kurung moden, sehelai skirt kanak2 & menyiapkan baju kurungku yang tertunggak tempoh hari.... selain itu, aku juga dapat menyiapkan sulaman reben untuk hiasan hantaran malik & yani.....

7 nov 09(sabtu)
~ ari nie kami x kemana2... aku & hubby bercadang menghabiskan masa bersama Aqeil & mengemas bilik kami....kami ke langkap sebelah petang untuk membeli bahan2 menggubah hantaran.... x banyak yg aku beli coz x berkenan dihati....

8 nov 09(ahad)
~ari nie kami nak ke rumah kak la, nak amik tempahan baju sekolah anak daranya.... tengah bersiap2 nak keluar, ada lak tetamu.... tetamu datang bawa rezeki layan jer la.... k.Ajim datang berbincang paksal hantaran yani& malik nanti.... janji ngan kak la kul 9 sudahnya kul 10.30 baru sampai umah die.... dapat la aku tempahan 6 helai baju & 4 helai kain.....
~kemudian kami ke ipoh.... JALAN KUALA KANGSAR menjadi destinasi kami.... pertama kali kesini aku dah berkenan....banyak pilihan bahan2 gubahan hantaran.... nasib aku hanya bawa rm100.00 kalau x abis dengan kedai2 aku borong.... aku cuma membeli barang2 yang penting sahaja... hubby dah janji sabtu depan ke sini lagi.... thanks pada hubby yg memahami minatku....
~balik dari ipoh, aku terus membuat hantaran malik utk yani.... nie je masa yg ada.... aku kena kerja keras.... pada sebelah malamnya aku ke rumah nenek yani utk menunjukkan hasil kerjaku.... mana la tahu ada yg perlu ditambah lagi.... alhamdulillah mereka berpuas ati.... aku perlu menyudahkan kerja2 seterusnya kerana ada lagi 5 dulang belum selesai.....

Friday, November 6, 2009

MAJLIS BERTANDANG AYU& FADHIL...

TARIKH: 25 OCT 2009 (AHAD)
MASA: 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT: TAMAN SETIA WAWASAN, KG. MELAYU SUBANG, SELANGOR.

aqeil & m.su Ayu..... memang x dapat dipisahkan.....

hahaha.... abis make-up Ayu hari tu.... ape taknye, puteraku sibuk nak ikut.... sudahnye m.su pun dokong ler.... dalam masa yang sama sempat Aqeil meninggalkan kesan air liur pada make-up ayu......


Tuesday, November 3, 2009

1 nov 09 - SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN AQEILS YANG PERTAMA.....

KEK HARIJADI.....3KG, SAPE NAK HABISKAN TU.....

TARIKH: 1 NOVEMBER 2009
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: 112A JALAN MELOR 5, KAMPUNG MELAYU AMPANG, AMPANG, SELANGOR.

Alhamdulillah.... majlis yang kami rancang berjalan lancar.... kami hanya menjemput saudara-mara yang terdekat.... bukan xnak jemput rakan2 aku & aro tapi majlis ini bertujuan untuk erat lagi+ hubungan kekeluargaan....

terima kasih buat mama, abah & uchu yang sponser majlis nie.... x lupa buat abg ngah sekeluarga, abg chik sekeluarga, abg man sekeluarga, bik ros sekeluarga, boloq&ketot dan jiran2 mama yang menjayakan majlis ini.... terima kasih yang tidak terhingga atas hadiah buat putera kami....

AQEIL SELEPAS DILAHIRKAN.......

terasa begitu cepat masa berlalu.... rasanya macam baru je aku melahirkannya.... terlalu banyak perkembangan diri aqeil....semoga aqeils membesar dengan sihat & cerdas seperti kanak2 lain.....

Aqeils kini sudah pandai bercakap.... ada patah perkataannya yang sudah boleh difahami ( nan nak-xnak, nak, ayah, tatak-kakak, aba-abang, dam-adam, ape puyak- ape pulak, enan-mainan, tar-car, tet-cat....) aqeil kini dah berani berdiri berdiri tanpa bantuan, pandai memanjat tangga dan banyak lagi.... makanan kegemarannya kini adalah bubur nasi yang dicampur ayan, sawi & lobak merah....

Friday, October 23, 2009

AKTIVITI AQEILS DIWAKTU PETANG....


"RONDA-RONDA NAIK MOTO, NGABIHKAN MINYAK MOTO AYAH.... BIAR ESOK AYAH KENE ISI MINYAK LAGI.....KUANGKUANGKUANG......."

sekarang die dah tau naik moto tu seronok.... tiap petang die mesti merengek nak naik moto bila hubby balik jer dari kerja.... so terpaksa la aku bawa die ronda2 pusing kampung.... nanti Aqeils akan jadi macam "MISS MALAYSIA", semua orang dilambainye.... 2 la die, peramah sangat orangnye.... semua orang yg lalu kat umah akan ditegurnye....

RAYA 2009 vs RAYA 2008

RAYA 2009, PERTAMA KALI BERAYA SEBAGAI SEORANG IBU.....


RAYA 2009 penuh bermakna buat Aku & suamiku.... tahun ini ada Aqeils memeriahkan lagi suasana.... keletahnye membuatkan aku x kering gusi... bila orang beraya die pun beraya sekali.... orang makan biskut raya die pun makan.... orang makan ketupat & lemang, die pun makan juga.... aku bagi duit raya die pun nak tolong bagikan....

RAYA 2008, KALI PERTAMA AKU BERAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI.....

nie gambo photo studio sempena raya....masa nie aku pragnent 7 bulan x silap.... tema color pink-putih.... xceli hubby x beli baju raya pun, tu baju masa kami nikah.... aku jer yang wat baju baru coz baju dah x muat.... hehehe... hubby kata aku x ble bergaya sangat ngan perut besar tu... so die pun xyah beli baju baru.....ada ke patut, tapi aku turutkan je kehendaknye....

gambo kami sepanjang hari raya pertama 2009