Monday, April 11, 2011

PETUA MENGATASI DEMAM KUNING @ JAUNDIS

Seperti ibu-2 lain demam kuning amat merisaukan dan perlu ditangani dengan sewajarnya. Maka aku ingin berkongsi petua yang aku perolehi melalui laman web, blog dan petua orang dahulu. Antara petua tersebut ialah:



  • Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau
  • Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  • Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.
  • Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayianda sembuh.
  • Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.
  • Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.
  • beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.
  • berikan bayi minum jus @ air perahan sengkuang cina sekali sehari pada sebelah siang.
  • berikan bayi minum beberapa titisan air anggur hitam 3x sehari.
  • ibu minum air glukos original bebanyak, dan sentiasa susukan bayi dengan susu ibu.
sekiranya anda mempunyai petua lain yang ingin dikongsikan, jangan segan untuk memberikan komen anda. kita hanya berusaha, Allah yang menetukan.... setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya.... 

DEMAM KUNING @ JAUNDIS

Seperti yang kita sedia maklum jaundis sering kali menyerang bayi yang baru lahir. kebiasaannya penyakit ini dapat dikesan seawal 2 @ 3 hari selepas bayi dilahirkan. Penyakit ini amat merisaukan para ibubapa kepada bayi kerana ia melibatkan organ dalaman bayi iaitu sistem saraf dan hati. Selain mendatangkan kesan kepada bayi, ia juga memberi kesan sampingan kepada ibu bayi tersebut. Ini kerana ibu tidak dapat berpantang sepenuhnya, dimana ibu terpaksa berulang alik ke hospital untuk memberi susu kepada bayi sekiranya bayi ditahan di wad, ibu juga tidak boleh makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, halia dan kunyit untuk mengelakkan bacaan TSB bayi meningkat.

Pada tahun 2008, anak sulungku telah mengidap demam jaundis dan telah ditahan di Wad NICU, Hospital Sg. Buluh.... kini anak ke-2 ku juga mengidap jaundis tetapi tidak ditahan di wad.... bezanya, anak ke-2 ku mengidap jaundis yang berpanjangan....

AQEIL (2008), RAWATAN PHOTOTERAPI
WAD NICU, HOSPITAL SG. BULUH, SELANGOR


Berikut aku lampirkan artikel daripada www.mybengkung.com untuk dikongsi bersama. Diharap ia dapat membantu para ibubapa yang menghadapi masalah yang sama denganku.

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
    Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
    1. Jaudis Susu Ibu
    Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.


    Rawatan

    Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
    Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.

    Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

    1. Jaundis Normal/Physiologic 
    Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
    • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
    • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
    • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
    • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
    • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
    • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
    1. Jaudis Pathologic
    Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
    1. Jaudis Susu Ibu
    Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik. 

    Adakah ianya merbahaya?
    Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
    Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

    Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. 

    PENYUSUAN SUSU IBU.....

    KEMPEN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF SEDANG DIJALANKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBERIKAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF KEPADA ANAK-ANAK KITA.....                   

    MENGAPA PERLU MENYUSU SECARA EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN PERTAMA BAYI?
    Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi anda. Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah terpenting kearah perkembanagan dan pembesaran bayi yang sihat. Kajian menunjukkan bayi yang diberi susu ibu mempunyai daya perkembanyan intelek(IQ) yang lebih baik daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi kerana ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi dalam kuantiti dan imbangan yang betul. Susu ibu pertama (kolestrum) mengandungi antibodi dan khasiat terbaik yang diperlukan bayi untuk memberi perlindungan dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit pada bayi.

    APA YANG DIMAKSUDKAN PENYUSUAN SEPENUHNYA (EKSKLUSIF)
    1.     Bayi tidak diberi minum atau makan selain susu ibu.
    2.     Bayi tidak diberikan puting tiruan (pacifier) kepada bayi.
    3.     Bayi diberikan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari.


    KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI

    • Ø Susu ibu khususnya kolestrum mengandungi bahan-bahan antibody yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronchitis dan radang paru-paru.
    • Ø Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar.
    • Ø Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan daya intelek bayi (IQ tinggi)
    • Ø Susu ibu dapat mencegah penyakit-penyakit ringan seperti lelah, sakit perut, demam dan selesema.
    • Ø Susu ibu dapat mengurangkan risiko keracunan atau pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
    • Ø Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah dalam penyediaan susu seperti membancuh dan memanaskannya. Ia mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
    • Ø Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan emosi yang diperlukan oleh bayi bagi menggalakkan tumbesarannya.
    KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU.


    • Ø Ia dapat membantu mengecutkan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
    • Ø Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini dapat membantu ibu menjarakkan kelahiran.
    • Ø Ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
    • Ø Dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
    • Ø Ia juga membantu ibu melangsingkan badan untk mengembalikan bentuk badan yang asal.
    • Ø Penyusuan susu ibu boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila-bila masa kerana ia mudah dah tidak memerlukan persediaan.
    • Ø Selain itu, penyusuan susu ibu juga menjimatkan masa penyediaan susu dan menjimatkan wang.
    • Ø Ia dapat mengelakkan risiko bengkak payudara kepada ibu.

    DINA vs AQEIL


    Ari nie usia Adlina 37 ari.... sebenarnya nak upload gambo nie dari 1st week lagi.... tapi kekangan masa membuatkannye tergendala seketika....

    so ape pendapat rakan-rakan.... sama tak????

    perbezaannya hanya saiz Aqeil agak kecil jika nak dibandingkan dengan Dina... Aqeil dilahirkan dengan berat 2.42kg manakala Dina dilahirkan dengan berat 2.67kg.... x banyak bezanya pun.... pada usia 1 bulan berat Aqeil 3.2kg manakala Dina beratnya 3.8kg....

    Monday, September 27, 2010

    our 2nd babies....

    Lilypie Pregnancy tickers

    pejam celik...pejam celik..... usia kandunganku kini dah 16 weeks..... tak sabar rasanya untuk menanti kelahirannya.... selalu aku dengar, kalau second baby dah x berapa excited.... tapi bagi aku sama aje.... aku n rizal still berkobar2.....


    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



    Lilypie Second Birthday tickers




    DAH BERSAWANG......

    Wah, lama sungguh aku tak posting kat blog nie..... dah bersawang rupanya.... sejak aku potong streamyx ari tu.... bukan ape, gunanya tidak tapi bil tiap2 bulan sampai....

    penyakit M aku dah semakin bermaharajalela..... rasanya sejak aku belajar kat GIAT, PC kat umah tu tak pernah berusik..... maklumlah dah ada pengganti..... terima kasih buat B coz belikan laptop nie..... lagipun bila dirumah aku sibuk menguruskan Heroku itu....

    Biasanya aku hanya akan menggunakan laptop nie kat GIAT jer.... coz xde gangguan daripada Heroku.... sudahnya bersawang blogku ini.....

    Friday, May 7, 2010

    HIASAN DALAMAN @ GIATMARA




    hari nie aku nak share tentang kursus hiasan dalaman yang aku ikuti di Giatmara Pasir Salak nie.... kursus nie memakan masa 6 bulan sahaja tetapi sepenuh masa.... waktu pembelajaran adalah dari pukul 8.00pagi sehingga 5.00 petang.... jadual pembelajaran adalah sama seperti di sekolah... tapi mempunyai pengisian2 lain seperti sukan & kerohanian....

    kelebihan Giatmara adalah segala kos pembelajaran ditanggung oleh MARA.... cuma yuran pendaftaran rm1***.**(bergantung kepada kursus & pusat giat).... sepanjang 6 bulan pelatih akan diberi alaun rm200 sebulan... kursus ini terbuka kepada bumiputra dalam lingkungan umur 15-40 tahun.... sila lah memohon seandainya berminat... sesi jan-jun & julai-dec setiap tahun....

    berbalik kepada kursus hiasan dalaman yang aku ikuti.... cukup menyeronokkan bagiku kerana banyak yang aku dapat pelajari disini...antara yang aku pelajari disini adalah seperti:



    nie adalah sebahagian daripada product yang telah aku hasilkan.... antara product lain yang aku pelajari di giatmara adalah pelbagai paten langsir, sofa, set meja makan, poufee dan banyak lagi... insyallah, aku akan share gambo lain kali...kerana wat masa nie gambo belum di upload dalam laptop nie...

    kepada sesiapa yang meminati bidang ini, jangan malu bertanya.... aku akan share segala info dengan anda semua... "just ask", aku akan reply soalan anda kemudian....