Monday, April 11, 2011

PENYUSUAN SUSU IBU.....

KEMPEN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF SEDANG DIJALANKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBERIKAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF KEPADA ANAK-ANAK KITA.....                   

MENGAPA PERLU MENYUSU SECARA EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN PERTAMA BAYI?
Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi anda. Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah terpenting kearah perkembanagan dan pembesaran bayi yang sihat. Kajian menunjukkan bayi yang diberi susu ibu mempunyai daya perkembanyan intelek(IQ) yang lebih baik daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi kerana ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi dalam kuantiti dan imbangan yang betul. Susu ibu pertama (kolestrum) mengandungi antibodi dan khasiat terbaik yang diperlukan bayi untuk memberi perlindungan dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit pada bayi.

APA YANG DIMAKSUDKAN PENYUSUAN SEPENUHNYA (EKSKLUSIF)
1.     Bayi tidak diberi minum atau makan selain susu ibu.
2.     Bayi tidak diberikan puting tiruan (pacifier) kepada bayi.
3.     Bayi diberikan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari.


KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI

  • Ø Susu ibu khususnya kolestrum mengandungi bahan-bahan antibody yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronchitis dan radang paru-paru.
  • Ø Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar.
  • Ø Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan daya intelek bayi (IQ tinggi)
  • Ø Susu ibu dapat mencegah penyakit-penyakit ringan seperti lelah, sakit perut, demam dan selesema.
  • Ø Susu ibu dapat mengurangkan risiko keracunan atau pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Ø Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah dalam penyediaan susu seperti membancuh dan memanaskannya. Ia mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  • Ø Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan emosi yang diperlukan oleh bayi bagi menggalakkan tumbesarannya.
KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU.


  • Ø Ia dapat membantu mengecutkan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
  • Ø Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini dapat membantu ibu menjarakkan kelahiran.
  • Ø Ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Ø Dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  • Ø Ia juga membantu ibu melangsingkan badan untk mengembalikan bentuk badan yang asal.
  • Ø Penyusuan susu ibu boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila-bila masa kerana ia mudah dah tidak memerlukan persediaan.
  • Ø Selain itu, penyusuan susu ibu juga menjimatkan masa penyediaan susu dan menjimatkan wang.
  • Ø Ia dapat mengelakkan risiko bengkak payudara kepada ibu.

No comments:

Post a Comment