Wednesday, April 13, 2011

INFO PERAHAN SUSU IBU.....

SUSU IBU, SUSU TERBAIK UNTUK ANAK ANDA.....
Ramai diantara ibu-ibu bekerjaya memberikan alasan bekerja untuk tidak memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka. tetapi itu bukanlah alasan yang kukuh kerana pada hari ini terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membantu ibu-ibu bekerjaya menyusukan anak mereka.

Seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai alatan yang dijual dipasaran bagi membantu ibu-ibu bekerjaya meneruskan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka apabila mereka kembali bekerja. Diantara alatan yang dapat membantu adalah seperti alat mengepam payudara, beg dan botol untuk menyimpan susu perahan dan banyak lagi. Ia amat membantu ibu-ibu bekerjaya menguruskan stok simpanan susu untuk bayi mereka selain dapat menjimatkan masa dan wang.


Memang tidak dapat dinafikan penyediaan susu perahan adalah rumit dan cerewet. Oleh itu persediaan mental dan fizikal amat diperlukan. ibu-ibu perlu menyediakan ilmu yang cukup dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang telah berjaya melakukannya. Saya sendiri masih mencuba untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi saya (lahir 5 Mac 2011). Doakan supaya saya berjaya melakukannya. Amin.....


Maka, saya ingin berkongsi maklumat yang saya miliki bersama ibu-ibu diluar sana. Dengan harapan kita dapat bersama-sama memberikan susu ibu kepada bayi kita. 



PERAHAN SUSU IBU….
MEDIUM MENYIMPAN SUSU PERAHAN


BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU.


Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran bayi. Walaubagaimanapun, anda boleh memulakan perahan seawall mungkin mengikut keprluan dan keselesaan anda (contoh: bengkak payudara, susu berlebihan.)


PANDUAN MEMERAH SUSU IBU.
  • -         Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disterilkaan (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dengan air panas selama 5-10 minit dan keringkan.)
  • -         Sebelum memulakan perahan , basuh tangan dengan bersih (cuci tangan menggunakan sabun dan keringkan)
  • -         Masukkan susu perahan ke dalam bekas bersih dan mempunyai penutup.
  • -         Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

  • Tip:- pada awalnya, jumlah susu yang diperah sememangnya sedikit. Tetapi jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali perahan. Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak sudah cukup menghisap di sebelah lagi payudara.

KAEDAH PERAHAN SUSU IBU

1.     Memerah susu dengan tangan
2.     Memerah susu dengan pam ( pam manual, pam bateri dan pam elektrik)


PEMILIHAN PAM PAYUDARA YANG BETUL.

  •      Mudah dibawa, digunakan, dibersihkan dan mempunyai bahagian-bahagian yang mudah disterilkan.
  •      Dapat merangsang penghasilan susu dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya daripada payudara.
  •      Tidak memberi kesakitan pada payudara.
  •      Pam yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan situasi tempat anda membuat perahan susu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN.

  • -         Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
  • -         Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
  • -         Tinggalkan sedikit ruang udara didalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku semasa pembekuan.
  • -         Simpan susu di dalam peti sejuk.
  • -         Labelkan bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan.
  • -         Gunakan susu yang lebih awal diperah terlebih dahulu.

JANGKA HAYAT SUSU PERAHAN.

  • -         Suhu bilik  -  susu hendaklah digunakan dalam tempoh 4 jam.
  • -         Peti sejuk (rak bawah) – susu hendakalah digunakan dalam tempoh 3-5 hari, sekiranya stok susu berlebihan simpan ke bahagian beku.
  • -         Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) – susu hendaklah digunakan dalam tempoh 2 minggu.
  • -         Peti sejuk 2 pintu (bahagian beku) – susu hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan.
  • -         Peti sejuk “deep freeze”- susu hendaklah digunakan dalam tempoh 6 bulan.

CARA MENCAIRKAN SUSU PERAHAN YANG TELAH DIBEKUKAN.

  • 1.  Sentiasa gunakan susu perahan yang paling awal diperah.
  • 2.     Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
  • 3.     Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam. (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu sesi penyusuan sahaja.
  • 4.     Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang micro atau atas dapur. Boleh gunakan “bottle warmer” untuk lebih mudah dan selamat.
  • 5.     Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam. (tidak boleh disimpan semula)
  • 6.     Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lemak yang terpisah itu.
  • 7.     Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan.

No comments:

Post a Comment