Wednesday, April 13, 2011

BOTOL SUSU BPA FREE


TAHUKAH ANDA BOTOL SUSU YANG MENGANDUNGI "BPA" TELAH @ AKAN DIHARAMKAN DI MALAYSIA? 

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
"Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.. 

APA ITU "BPA"?
Bisphenol A (BPA) 
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat: 

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada. 
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan
PANDUAN MEMILIH BOTOL SUSU BPA FREE...

  • Lihat kod di bawah botol, pilih KOD 5 @ PP sekiranya xde tulis BPA free. elakkan mengambil botol yang tertulis kod 7 kerana tidak selamat & mengandungi BPA.
  • pilih botol yang agak pudar kerana biasanya botol yang mengandungi BPA bewarna jernih.

No comments:

Post a Comment